Thursday, February 3, 2011

KAGET!!!





Indahnya langit biru berselimutkan awan putih. Aku asyik menghirup udara yang sepoi-sepoi bahasa di belakang laman rumah. Tiba-tiba kedengaran suara bondaku yang lunak seperti merdunya suara Ramlah Ram menjerit-jerit dari pintu belakang rumah.
"Aleeysa!"
"Oh Aleeysa...Mari sini nak,"
Pantas kakiku melangkah laju menuju ke arah bonda. Mungkin ada perihal penting mahu disampaikannya. Dari raut wajahnya jelas terpateri seolah-olah tidak keruan bondaku untuk sampaikan sesuatu.
"Ya bonda, ada apa bonda panggil isya,"
"Kita ada tetamu,"
"Siapa bonda?"
"Tetamu itu rezeki," bonda cuba berselindung sesuatu dari aku. Seolah-olah ada udang disebalik mi.
Apakah yang bonda rahsiakan sehingga pertuturan yang dilemparnya penuh tersirat.
"Siapa yang datang rumah kita petang-petang ni bonda?"
"Saudara mara kita ke yang datang?" perasaan ingin tahu aku membuak-buak seperti lava yang mahu keluar dari gunung berapi.
"Mereka tu rombongan datang untuk merisik Isya"
"Astagfirullah..." aku diam mebisu. Apakah ini takdirku berkahwin di usia yang muda. Mampukah aku memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada suami dan pelajar. Aku merasakan seperti dadaku dihimpit dengan dengan batu yang besar. Berat untuk aku membuat keputusan. Bonda mengusap-ngusap kepala aku. Agaknya sedih melihat anak tunggalnya dalam keadaan terkejut. Sejuk telapak tanganku masih teras.  Aku masih terpaku dan merasakan seolah-olah tidak tahu hendak membuat apa. Mungkin ini ketentuan Allah.


p/s: nantikan episod seterusnya

Wednesday, February 2, 2011

Marah Banyak Tandanya...

"Sombongnye die, pandang kite pon tak nak"
Aku terus berjalan sambil mataku liar memandang ke sekelilingku. Aku terus membiarkan pemuda tadi. Tegurannya takku endah. Aku kebingungan. Apa yang pemuda itu mahu sebenarnya?
"Arghh...biarkan jela...jangan dia kacau aku lagi dahlah" Aku bermonolog.
"Dah orang tak layan tu, faham-faham jela" terus bermonolog.
Hatiku tiba-tiba merasakan kehangatan seperti air yang sedang menggelegak. Bayangan pemuda tadi acap kali bermain di benak fikiranku...

Malu tapi MAHU

"Hai, leh kenal tak"
Diam seribu bahasa..."Duk mane ni..."
Terus mendiamkan diri..."Macam pernah tgk muke awak ni...familiar sangat!"
Maka bermulalah detik pertemuan yang tidak disangka. Aku menempiaskan wajahku ke arah selatan ibarat mahu lari dari utara. Tapi mengapa hatiku sukar untuk menghadap ke selatan???
"Arghh"
Mengapa jasadku sahaja yang berpaling tetapi hatiku tidak...
Adakah dia...

Tuesday, February 1, 2011

Dicintai dan Mencintai

 Aku masih meraba-raba erti kasih sayang yang memberi makna dicintai dan mencintai. Adakah cinta itu milik semua??? Mampukah ianya menjadi cinta sempurna yang sering didendangkan oleh penyanyi tempatan yang kian meningkat popularitinya...mampukah???
Lamunanku terhenti apabila tiba-tiba aku teringatkan pepatah yang mengatakan CINTA itu terbahagi kepada tiga. Cinta yang disebabkan oleh SYAITAN yang direjam, cinta yang disebabkan oleh jin yang menghancurkan dan CINTA YANG PALING AGUNG adalah cinta dari ALLAH...

Sang Siang dan Sang Malam

Saat demi saat dan detik demi detik, air terus mengalir tanpa mengenal erti putus. Aku masih mencari erti kehidupan yang norma. Sang Siang terus menyaksikan manusia mengerah keringat bagi mencari sesuap nasi. Sang malam pula asyik membelai manusia dengan irama yang cukup indah. Terkesima menyaksikan masyarakat disekelilingku. Indah nian.

Monday, January 31, 2011

Nilai Tawa dan Tangisan

Terbitnya aku di alam ini dengan tangisan yang menagih rasa takut dan gementar untuk berhadapan dengan dunia yang penuh cabaran ini. Alangkah indahnya jika aku dapat merasai manisnya gula lebih daripada pahitnya hempedu semasa meniti kehidupan yang bakal aku jalani. Tersedu. Ya Allah, jika ini ketentuannya...kuatkanlah aku dalam menyeru khalifahmu di atas muka bumi ini...

Mengenal Dunia

Uweks...Uweks...Uweks...
Kedengaran tangisan anak kecil pada dingin subuh hari. "Arghh..." Akhirnya aku dapat melihat dunia yang dijanjikan penuh onak dan duri dalam menjalani kehidupan. Adakah putih yang aku pilih ataupun hitam jalan hidupku. InsyaAllah, Tuhan telah janjikan yang terbaik untuk aku. Dalam sayu syahdu, aku dapat melihat senyuman terpancar di setiap sudut mataku. Tawa dan tangisan diiringi dengan pujian mengatakan aku sangat comel keluar dari bibit-bibit mulut di sekelilingku.

Apakah jalan hidupku???