Thursday, February 3, 2011
KAGET!!!
Indahnya langit biru berselimutkan awan putih. Aku asyik menghirup udara yang sepoi-sepoi bahasa di belakang laman rumah. Tiba-tiba kedengaran suara bondaku yang lunak seperti merdunya suara Ramlah Ram menjerit-jerit dari pintu belakang rumah.
"Aleeysa!"
"Oh Aleeysa...Mari sini nak,"
Pantas kakiku melangkah laju menuju ke arah bonda. Mungkin ada perihal penting mahu disampaikannya. Dari raut wajahnya jelas terpateri seolah-olah tidak keruan bondaku untuk sampaikan sesuatu.
"Ya bonda, ada apa bonda panggil isya,"
"Kita ada tetamu,"
"Siapa bonda?"
"Tetamu itu rezeki," bonda cuba berselindung sesuatu dari aku. Seolah-olah ada udang disebalik mi.
Apakah yang bonda rahsiakan sehingga pertuturan yang dilemparnya penuh tersirat.
"Siapa yang datang rumah kita petang-petang ni bonda?"
"Saudara mara kita ke yang datang?" perasaan ingin tahu aku membuak-buak seperti lava yang mahu keluar dari gunung berapi.
"Mereka tu rombongan datang untuk merisik Isya"
"Astagfirullah..." aku diam mebisu. Apakah ini takdirku berkahwin di usia yang muda. Mampukah aku memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada suami dan pelajar. Aku merasakan seperti dadaku dihimpit dengan dengan batu yang besar. Berat untuk aku membuat keputusan. Bonda mengusap-ngusap kepala aku. Agaknya sedih melihat anak tunggalnya dalam keadaan terkejut. Sejuk telapak tanganku masih teras. Aku masih terpaku dan merasakan seolah-olah tidak tahu hendak membuat apa. Mungkin ini ketentuan Allah.
p/s: nantikan episod seterusnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment